Friday 8 December 2017

Pregnancy update

Asalamualaikum..


hai semua..
harini Huda nak ajak Borak-borak je.. saja kan bosan takda buat apa hehe.. tapi maaflah entry Huda masih belum Bergambar. Mungkin next entry Huda letak gambar ya.

Berapa weeks pregnant?


Sekarang dah masuk 17 weeks pregnancy yay!
minggu depan baby dah masuk 5Month! hmmm tak sabarnya nak jumpa baby.
gender tak tahu lagi sebab masa last scan masih tak nampak boy or girl. anyways kami tak kesah pun samada boy or girl sebab sama je bagi kami asalkan baby sihat selamat dan sempurna.

Barang baby?


Mommies semua dah berapa bulan? dah beli barang baby? huda tak beli lagi. mungkin tahun depan baru beli sebab rasa macam awal sangat lah pulak kan. Karang beli awal sangat tak tahu nak beli warna apa.
Memandangkan Huda tak beli barang baby lagi , tapi Huda dah search barang-barang baby yang berkualiti untuk baby nanti. Then Huda dah cari awal-awal persiapan untuk bersalin, persiapan untuk berpantang semua dah complete search. Tinggal nak beli je yay!

Brand apa ya untuk set berpantang?


Moomies nak tau Huda guna brand apa untuk Berpantang nanti tak? Semuanya Huda akan update kemudian ya :) Dan Huda rasa macam nak jual juga set bersalin tu sebab set ni adalah set yang sama ibu huda pakai masa berpantang kami adik beradik. Dan kesan dia memang tip top. Ibu tak gemuk dan badan still maintain sampai sekarang.
Ini set berpantang cara tradisional tau.

Appointment


Hari ahad 10 Dec 2017 ni ada appointment di klinik kesihatan Tampoi JB. Then lepas checkup huda nak pergi scan baby pulak dekat Klinik Hana di Bandar Baru uda.

Moomies nak tahu apa yang best pasal Klinik Hana . Tunggu next entry ya.
Insha allah Huda akan kesana untuk check Baby. Exsaited ni! Doakan semoga semua urusan Huda dipermudahkan ya! Dan mintak-mintak lah tak ada apa-apa halangan so Huda dapat lah update pasal Klinik Hana tu :)


so jumpa lagi di next entry! Thankyou for reading :)

Tuesday 5 December 2017

Pengalaman buka buku pink di Klinik Kesihatan Kerajaan



Asalamualaikum semua

lama dah tak bersiaran, busy memanjang hihi.

Okay entry kalini huda nak share apa perlu buat jika pertama kali nak buka buku pink di klinik kesihatan kerajaan. Majority ibu hamil perlu buka buku pink ni tau. Kalau nak buka di swasta pun boleh. Tapi untuk langkah keselamatan huda buka buku pink di KK Je. Kisah nya sebab ibu huda pernah ada kes miscarriage dan kelahiran pra matang.

Jadi better huda buka di KK incase masa nak deliver nanti ada masalah swasta akan tolak kita ke hosp Gov jugak. So sebab tak nak ada risiko kita beringat sendiri jela ye. Huda ada tanya kawan dan minta pendapat samada nak bersalin di swasta or gov. mana lebih better. Dan rata-rata cakap baik ke GOV je semuanya dah lengkap.

Kalau tak buka buku pink dan bersalin di swasta dan bila ada maslah yg hosp swasta tak boleh handle dia tolak kita ke gov, bila dah kena tolak sana tolak sini korang faham2 jelah layanan yang korang akan dapat tu macam mana kan? Huda cakap ni pun berdasarkan apa yang huda baca di comment2 ibu2 lain yang ada pengalaman kena tolak2 ni.

Berbalik pada persediaan untuk buka buku pink.

Better pergi buka buku masa kandungan 10weeks ke atas. Bukan apa masa huda haritu baru 8 weeks huda dah pergi kk hehe. Punya lah excited tau. Bila nurse check baru 8 weeks dia suruh balik dulu then dia bagi tarikh untuk buka buku pink tu. Nurse cakap kalau buka awal incase kandungan tak menjadi atau apa-apa ke so dia suruh tunggu dah matang baru boleh datang buka buku. nurse tu bukan doa yang bukan-bukan tapi dia suruh tunggu dah betul-betul jadi baru datang lagi

Apa mommies perlu bawa?

  1. Photostat I/C suami isteri
  2. Photostat sijil nikah
  3. Photostat bil api / air rumah semasa
kalau tak ada salah satu memang payah lah. Ada kes mommies tu dia tak bawak salah satu, then nurse suruh pergi photostet time tu jugak kalau tak mmg tak boleh proceed. Kan dah leceh nak tunggu giliran lagi nak pergi potostet lagi. Kk memang akan ramai orang ya. Nak nak dekat kawasan bandar. Memang ramai sangat. Masa huda haritu pukul 7.30 pagi dah datang. Tapi jumpa nurse dekat pukul 9. pukul 11 baru siap. Bayangkan lah. Ini kalau tak lengkap details tu? Pukul berapa nak siap kan? So prepare awal-awal apa perlu bawa ya.

Then sebelum buka buku pink kalau boleh puasa lah terus daripada pukul 10 malam tu. Walaupun nurse takde suruh dan sesiapa pun takde suruh mommies buat jelah.
Bukan apa masa huda haritu huda sarapan Lontong dan teh tarik! Pukul 9.30 kebetulan nak check darah and urine test. Nurse detect gula dalam darah huda tinggi. GM 7.0. haha so nak selamat moomies jangan lah makan berat2 sangat.

Then masa next app huda terus puasa (means tak makan manisan or makan berat-berat. kalau nak makan boleh je sebenarnya sebab nurse tak suruh puasa tapi berpada-pada lah. dan tolong banyakkan minum air masak okay. Esoknya masa test blood gula cantik takde masalah.

So ini je yang dapat huda kongsikan. Doakan next app huda tak ada masalah ya :)


love ya!

CHECKLIST NEWBORN , IBU BERPANTANG , CARA JAGA LUKA BERSALIN

Assalamualaikum For those yang selalu tanya what should i buy for first newborn baby kan. Ha nah i tolong u gais . ni based on my own exp...