Friday 8 December 2017

Pregnancy update

Asalamualaikum..


hai semua..
harini Huda nak ajak Borak-borak je.. saja kan bosan takda buat apa hehe.. tapi maaflah entry Huda masih belum Bergambar. Mungkin next entry Huda letak gambar ya.

Berapa weeks pregnant?


Sekarang dah masuk 17 weeks pregnancy yay!
minggu depan baby dah masuk 5Month! hmmm tak sabarnya nak jumpa baby.
gender tak tahu lagi sebab masa last scan masih tak nampak boy or girl. anyways kami tak kesah pun samada boy or girl sebab sama je bagi kami asalkan baby sihat selamat dan sempurna.

Barang baby?


Mommies semua dah berapa bulan? dah beli barang baby? huda tak beli lagi. mungkin tahun depan baru beli sebab rasa macam awal sangat lah pulak kan. Karang beli awal sangat tak tahu nak beli warna apa.
Memandangkan Huda tak beli barang baby lagi , tapi Huda dah search barang-barang baby yang berkualiti untuk baby nanti. Then Huda dah cari awal-awal persiapan untuk bersalin, persiapan untuk berpantang semua dah complete search. Tinggal nak beli je yay!

Brand apa ya untuk set berpantang?


Moomies nak tau Huda guna brand apa untuk Berpantang nanti tak? Semuanya Huda akan update kemudian ya :) Dan Huda rasa macam nak jual juga set bersalin tu sebab set ni adalah set yang sama ibu huda pakai masa berpantang kami adik beradik. Dan kesan dia memang tip top. Ibu tak gemuk dan badan still maintain sampai sekarang.
Ini set berpantang cara tradisional tau.

Appointment


Hari ahad 10 Dec 2017 ni ada appointment di klinik kesihatan Tampoi JB. Then lepas checkup huda nak pergi scan baby pulak dekat Klinik Hana di Bandar Baru uda.

Moomies nak tahu apa yang best pasal Klinik Hana . Tunggu next entry ya.
Insha allah Huda akan kesana untuk check Baby. Exsaited ni! Doakan semoga semua urusan Huda dipermudahkan ya! Dan mintak-mintak lah tak ada apa-apa halangan so Huda dapat lah update pasal Klinik Hana tu :)


so jumpa lagi di next entry! Thankyou for reading :)

Tuesday 5 December 2017

Pengalaman buka buku pink di Klinik Kesihatan Kerajaan



Asalamualaikum semua

lama dah tak bersiaran, busy memanjang hihi.

Okay entry kalini huda nak share apa perlu buat jika pertama kali nak buka buku pink di klinik kesihatan kerajaan. Majority ibu hamil perlu buka buku pink ni tau. Kalau nak buka di swasta pun boleh. Tapi untuk langkah keselamatan huda buka buku pink di KK Je. Kisah nya sebab ibu huda pernah ada kes miscarriage dan kelahiran pra matang.

Jadi better huda buka di KK incase masa nak deliver nanti ada masalah swasta akan tolak kita ke hosp Gov jugak. So sebab tak nak ada risiko kita beringat sendiri jela ye. Huda ada tanya kawan dan minta pendapat samada nak bersalin di swasta or gov. mana lebih better. Dan rata-rata cakap baik ke GOV je semuanya dah lengkap.

Kalau tak buka buku pink dan bersalin di swasta dan bila ada maslah yg hosp swasta tak boleh handle dia tolak kita ke gov, bila dah kena tolak sana tolak sini korang faham2 jelah layanan yang korang akan dapat tu macam mana kan? Huda cakap ni pun berdasarkan apa yang huda baca di comment2 ibu2 lain yang ada pengalaman kena tolak2 ni.

Berbalik pada persediaan untuk buka buku pink.

Better pergi buka buku masa kandungan 10weeks ke atas. Bukan apa masa huda haritu baru 8 weeks huda dah pergi kk hehe. Punya lah excited tau. Bila nurse check baru 8 weeks dia suruh balik dulu then dia bagi tarikh untuk buka buku pink tu. Nurse cakap kalau buka awal incase kandungan tak menjadi atau apa-apa ke so dia suruh tunggu dah matang baru boleh datang buka buku. nurse tu bukan doa yang bukan-bukan tapi dia suruh tunggu dah betul-betul jadi baru datang lagi

Apa mommies perlu bawa?

  1. Photostat I/C suami isteri
  2. Photostat sijil nikah
  3. Photostat bil api / air rumah semasa
kalau tak ada salah satu memang payah lah. Ada kes mommies tu dia tak bawak salah satu, then nurse suruh pergi photostet time tu jugak kalau tak mmg tak boleh proceed. Kan dah leceh nak tunggu giliran lagi nak pergi potostet lagi. Kk memang akan ramai orang ya. Nak nak dekat kawasan bandar. Memang ramai sangat. Masa huda haritu pukul 7.30 pagi dah datang. Tapi jumpa nurse dekat pukul 9. pukul 11 baru siap. Bayangkan lah. Ini kalau tak lengkap details tu? Pukul berapa nak siap kan? So prepare awal-awal apa perlu bawa ya.

Then sebelum buka buku pink kalau boleh puasa lah terus daripada pukul 10 malam tu. Walaupun nurse takde suruh dan sesiapa pun takde suruh mommies buat jelah.
Bukan apa masa huda haritu huda sarapan Lontong dan teh tarik! Pukul 9.30 kebetulan nak check darah and urine test. Nurse detect gula dalam darah huda tinggi. GM 7.0. haha so nak selamat moomies jangan lah makan berat2 sangat.

Then masa next app huda terus puasa (means tak makan manisan or makan berat-berat. kalau nak makan boleh je sebenarnya sebab nurse tak suruh puasa tapi berpada-pada lah. dan tolong banyakkan minum air masak okay. Esoknya masa test blood gula cantik takde masalah.

So ini je yang dapat huda kongsikan. Doakan next app huda tak ada masalah ya :)


love ya!

Monday 6 March 2017

my new life routine

hai asalamualaikum

rutin harian huda 100% berubah lepas kahwin. kalau dulu bangun pagi sukahati nak buat apa . nak makan ke taknak makan ke apa apa sukahati . now everything is so different . totally change .

setiap hari huda akan bangun pukul 5 pagi . terus siapkan sarapan untuk husb. sambil tu masak untuk bekal husb kerja . then kejut husb . subuh pukul 6 kat sini . lepas siap apa semua sarapan sama2 then husb terus pergi kerja. tak nampak matahari lagi dia dah keluar. balik sampai depan pintu rumah pun matahari dah masuk tidur .. mihmihh sedih dol

lepas husb pergi kerja huda buat lah kerja apa yang patut. basuh baju lipat baju kemas rumah tanam pokok ke apa semua . takde kawan sobs. kawan dengan kucing jelah hahaha.

sebenarnya seronok semua ni . cuma kau jela mampu hadap or tak mampu hadap. macam huda , semua nya okay takde masalah setakat ni . husb dah sediakan segalanya . you just do it. senang takde pening-pening kepala nak fikir . thanks you husb hehe lovelovelove <3

dalam banyak-banyak hal , satu benda je huda tak suka . huda tak suka bila org tanya dah ade isi? hurmsss seriously annoying,, jangan tanya lah . dah ada nati huda bagitahu lah okay? :)

setakatni takda buat apa sangat dekat rumah sebab takde siapa nak sepahkan ha ha . sendiri sepah sendiri kemas , so takdelah bersepah mana. sepah pun gitu-gitu je.

terlampau banyak sangat waktu terluang so huda luangkan masa free free tu buat biz online . memadangkan huda lebih kepada bidang makeup . jadi huda prefer jual makeup . apa yang huda jual? ha nanti huda akan kongsikan ye. di entry akan datang . so you gais please support me ok. :)

Tuesday 28 February 2017

Best tak jadi housewife?

hai asalamualaikum!

Dah berzaman rasanya tak berblogging ni .

 Maaflah huda busy nak uruskan macam-macam.
sejak dah kahwin ni hari-hari busy haha.

 Nak share pic kawin tapi hmm lambat sangat gambar tu siap!

kalau korang nak tahu jadi housewife ni sangat seronok. pahala pun banyak dan senang dapat. macam-macam lah dapat. siapa yang dah kawin je tahu rasa nya macam mana . tapi tak semua pengalaman kita sama kot. ada orang dia rasa tak seronok . tapi bagi huda benda ni menarik.

ha ye 2 minggu pertama i admit i rasa bosan gila tahap gaban dan kau tak kan dapat bayangkan macam mana .

Husband huda pergi kerja pukul 6 pagi . balik sampai rumah pukul 8 malam. Husb kerja bawa Crane. Dekat Pengerang sana . Rumah dekat air tawar . memang nak kena pergi awal . ha kau bayangkan lah macam mana pagi-pagi nak bergaduh pergi kerja dengan jalan sesak lagi ?

so masa huda dekat rumah sangat lama . Tu yang bosan tu.  
tapi lama-lama rasa dah biasa. so dah takde benda kau nak bosankan. Banyak benda boleh buat kat rumah.

benda paling best adalah memasak. seronok sangat ok.

kita ni masak biar sungguh-sungguh , bila suami balik kerja kita hidangkan lah molek-molek . suami makan hasil air tangan kita , pahala tu jangan cakap betapa banyaknya . pulak tu setiap hari suami mesti tak lepas puji masakan yg kita masak sedap. pahala lagi . seronok je rasa . hilang segala penat bersilat kat dapur . hehe

okaylah nak keluar kejap nak beli kuih deram . sedap oi akak depan rumah ni jual .
.
.
.

Huda saje nak throwback makeup untuk dinner ni . nak makeup pengantin pun sesuai look mcm ni . 
lama tak main makeup . rindu . okay kita main makeup2 dekat entry akan datang ye .
.
.

sesiapa nak kawin ke nikah ke photoshoot ke boleh ws huda. mana tahu berkenan ke :) 

whatsapp : +60136978366 

Mkbye!

CHECKLIST NEWBORN , IBU BERPANTANG , CARA JAGA LUKA BERSALIN

Assalamualaikum For those yang selalu tanya what should i buy for first newborn baby kan. Ha nah i tolong u gais . ni based on my own exp...