Wednesday 23 January 2019

CHECKLIST NEWBORN , IBU BERPANTANG , CARA JAGA LUKA BERSALIN

Assalamualaikum


For those yang selalu tanya what should i buy for first newborn baby kan. Ha nah i tolong u gais . ni based on my own experience ya.  Kalau rajin buat satu set baju untuk baby pakai after u deliver. Letak dalam 1 zipper bag. ( 1 set baju & pampers ) senang nurse nak handle nanti.


New born daily care

• pampers newborn. ( i guna genki sebab lembut. mamypoko pun best! )
• napkin 20 helai ( insha allah cukup )
• baju lengan pendek 5 helai
• baju lengan panjang 5 helai
• baju jalan2 ( baju cantik panjang & pendek. 5 helai dah okey )
~baju takpayah banyak2 sebab baby cepat besar . beli baju baru mengikut umur bayi nanti. Total baju 15 helai . U ada 30d so pandai2 la rolling . Kalau rasa tak cukup beli jelah baru .. 😋
• barut bayi ( pun tak perlu banyak2 )
• 4 set mittens ( takpayah  banyak . sekejap je nak pakai )
• stoking bayi( yang ni banyak pun takpe , baby pakai lama , tapi beli ikut umur bayi )
• selimut tebal ( yang ada sarung kepala lagi baik  . boleh pakai lama )
• topi bayi

Kebersihan bayi

• Bedak
• minyak telon ( brand tropical ,Amway best! )
• puff bedak
• tisu basah 
• tuala
• kapas ( takpayah banyak2, guna 1 bulan pertama je lepastu dah cebok kat sinki takpayah guna kapas )
• putik kapas
• botol spray

Simple Medical kit ( Konfirm akan guna )

• alat penyedut hingus bayi ( beli jela yang eletrical punya tu , korang tak kan larat sedut guna manual 🤣 lagi2 bila hingus bayi banyak )
• nasal spray bayi ( untuk bersihkan hingus sekaligus bersihkan hidung bayi . Beli dekat pharmacy alpro brand STERIMAR NASAL SPRAY ada gambar dolphin biru. Senang nak guna )
• Digital thermometers ( cek suhu! Ini medical kit yang wajib ada! )
• vick pink / minyak angin ( sapu dekat dada kalau bayi berkahak teruk )
• apa apa cream yang bersesuaian untuk ruam

Alatan mandi bayi

• keperluan mandi bayi shampoo & sabun ( tea tree oil shower gel cosmoderm best! )
• tab mandi ( trust  me you'll need this! )
• sikat atau berus halus untuk bersihkan kepala bayi
• tuala kecil
• toys ( if necessary)

Keperluan ibu

• pad biasa . ( beli bnyk pun bagus. sebab darah  nifas akan keluar banyak . kalau beli maternity pad tu boleh , cuma dia besar sangat takut susah nak pakai plus tak selesa . dah la ada luka jahitan dekat bawah tu . Pad herba best ! Berangin nyaman je 😘 )
• seluar dalam pakai buang ( konfirm banyak darah so lepas pakai terus buang , mybe dalam 4-5 hari pertama je pakai . lepastu ikut lah nak pakai seluar dalam biasa pun terpulang )
• baju longgar
• kain batik
• bengkung
• Set berpantang atau jamu ( brand tropical AMWAY best! )
• getah rambut
• breastfeeding bra ( beli banyak pun takpe , kau akan pakai for the rest of your breastfeeding baby day)
• stocking tebal
• tungku
• mandian herba
• baju sejuk
• pam susu ( mesti ada , sebab apa? First time nak susukan anak tu agak susah. Lagi2 baby ada jaundice , suka tidur . Solutions dia u kena pam susu dan bagi manual! Trust me. Its worth it.  Susu u pun agak segan nak keluar  so kena pam , susu akan bnyk! )
• botol susu ( brand MAM best! Sebab puting dia macam texture mommy nipple kan , so baby takde lah jadi nipple confused )
~nak tambah susu makan kurma + susu kambing panas / suam . Kalau nak instant punya u boleh beli  RED DATES RM10 ada 20 pack. Dekat aeon big ada jual , cari dekar bahagian teh. Packaging dia warna merah. Benda semua dah ada , nak tak nak je minum )

Cara jaga luka bersalin

• dr wound kit (untuk cepat cantum luka 1week luka dah cantum baek punya. beli dekat pharmacy besar, if stay kluang dekat pharmacy Alpro ada jual
• botol spray ( untik spray ubat kuning kalau taknak guna dr Wound)
~kerap tukar pad
~jangan teran masa buang air besar
~banyak mkn buah sunquik / minum air sunquik
thats all .semoga post ni dapat membantu korang yang bakal jadi mommy! 😘 List ni untuk rujukan je , if u gais tak nak beli pun macam yang i list tak apa , i tak marah pun J











Friday 27 April 2018

DO FOLLOW ME ON OTHER SOCIAL MEDIA

hai asalamualaikum.

U gais dah follow Facebook page, Instagram & twitter huda?

kalau belum follow boleh follow hihi *jual diri sendiri pulak :P . U gais boleh share-share pendapat or kongsi product yang korang niagakan. :) Dan korang jugak boleh tengok hasil makeup by meezhuda , daily update and etc.

Just click di link ya :)



see ya di next entry ya! <3

CARA MAINTAINKAN HB SEMASA HAMIL

Hai asalamualaikum semua.

entry ni bukan berbayar tau. free review :P



Okay momies . Entry kalini huda nak sahare macam mana huda maintainkan hb sepanjang pregnant.
fisrt huda memang amalkan JUS MA MARIAM .

kenapa jus MA MARIAM?

Okay sebab just ni dia ada segala macam khasiat tau. plus dia ada vco sekali. Virgin Coconut Oil. korang tau kan apa fungsi Vco ? next entry huda akan cerita Kebaikan Vco ni (after bersalin).

Selain daripada maintainkan hb , fungsi lain dia yang berkesan kat huda adalah huda sentiasa bertenaga. morning sickness alhamdulillah takde. senang kata memang tak ada masalah sepanjang first pregnant ni. tapi huda tak janji yang semua momies akan dapat rasa apa yang huda rasa sebab antibody kita kan tak sama, jadi penerimaan kita pun berbeza . mungkin ada yang amalkan jus ni tapi kesan nya kurang atau tak ada kesan langsung kan . kita tak tahu .

Tapi sepamjang huda amalkan alhamdulillah menjadi. baby pun tak ada masalah sepanjang pregnant ni. jantung , tumbesaran semua alhamdulilah okay.

tapi bila dah amalkan jus ni ubat yang kk bagi tu momies jangan skip pulak tau. kena ambil juga sebab itu kan untuk baby.

Okaylah jum terjah apa kandungan JUS MA MRIAM ni :)

Kelebihan  MA MARIAM:

Menguatkan Mama dan Kandungan sekaligus Baby pun sihat
Membantu HB ibu ke paras normal
Elakkan kencing kotor ibu mengandung
Merawat masalah GBS/KEPUTIHAN
Mencegah sembelit ketika hamil
Kuatkan tulang ibu & janin
Gebukan dan cerahkan kulit ibu
bantu pembentukan IQ baby sejak dalam kandungan lagi❤
*sumber dpd page mama mariam

okay jujur huda cakap semua yang dikatakan ni betul dan menjadi. huda tak ada maslah kencing kotor sepanjang pregnant alhamdulillah.

so momies yang tercari-cari produk hamil boleh lah usha page MA MARIAM  untuk keterangan lanjut. huda tak jual tau ..

jumpa lagi di next entry <3

Friday 8 December 2017

Pregnancy update

Asalamualaikum..


hai semua..
harini Huda nak ajak Borak-borak je.. saja kan bosan takda buat apa hehe.. tapi maaflah entry Huda masih belum Bergambar. Mungkin next entry Huda letak gambar ya.

Berapa weeks pregnant?


Sekarang dah masuk 17 weeks pregnancy yay!
minggu depan baby dah masuk 5Month! hmmm tak sabarnya nak jumpa baby.
gender tak tahu lagi sebab masa last scan masih tak nampak boy or girl. anyways kami tak kesah pun samada boy or girl sebab sama je bagi kami asalkan baby sihat selamat dan sempurna.

Barang baby?


Mommies semua dah berapa bulan? dah beli barang baby? huda tak beli lagi. mungkin tahun depan baru beli sebab rasa macam awal sangat lah pulak kan. Karang beli awal sangat tak tahu nak beli warna apa.
Memandangkan Huda tak beli barang baby lagi , tapi Huda dah search barang-barang baby yang berkualiti untuk baby nanti. Then Huda dah cari awal-awal persiapan untuk bersalin, persiapan untuk berpantang semua dah complete search. Tinggal nak beli je yay!

Brand apa ya untuk set berpantang?


Moomies nak tau Huda guna brand apa untuk Berpantang nanti tak? Semuanya Huda akan update kemudian ya :) Dan Huda rasa macam nak jual juga set bersalin tu sebab set ni adalah set yang sama ibu huda pakai masa berpantang kami adik beradik. Dan kesan dia memang tip top. Ibu tak gemuk dan badan still maintain sampai sekarang.
Ini set berpantang cara tradisional tau.

Appointment


Hari ahad 10 Dec 2017 ni ada appointment di klinik kesihatan Tampoi JB. Then lepas checkup huda nak pergi scan baby pulak dekat Klinik Hana di Bandar Baru uda.

Moomies nak tahu apa yang best pasal Klinik Hana . Tunggu next entry ya.
Insha allah Huda akan kesana untuk check Baby. Exsaited ni! Doakan semoga semua urusan Huda dipermudahkan ya! Dan mintak-mintak lah tak ada apa-apa halangan so Huda dapat lah update pasal Klinik Hana tu :)


so jumpa lagi di next entry! Thankyou for reading :)

Tuesday 5 December 2017

Pengalaman buka buku pink di Klinik Kesihatan Kerajaan



Asalamualaikum semua

lama dah tak bersiaran, busy memanjang hihi.

Okay entry kalini huda nak share apa perlu buat jika pertama kali nak buka buku pink di klinik kesihatan kerajaan. Majority ibu hamil perlu buka buku pink ni tau. Kalau nak buka di swasta pun boleh. Tapi untuk langkah keselamatan huda buka buku pink di KK Je. Kisah nya sebab ibu huda pernah ada kes miscarriage dan kelahiran pra matang.

Jadi better huda buka di KK incase masa nak deliver nanti ada masalah swasta akan tolak kita ke hosp Gov jugak. So sebab tak nak ada risiko kita beringat sendiri jela ye. Huda ada tanya kawan dan minta pendapat samada nak bersalin di swasta or gov. mana lebih better. Dan rata-rata cakap baik ke GOV je semuanya dah lengkap.

Kalau tak buka buku pink dan bersalin di swasta dan bila ada maslah yg hosp swasta tak boleh handle dia tolak kita ke gov, bila dah kena tolak sana tolak sini korang faham2 jelah layanan yang korang akan dapat tu macam mana kan? Huda cakap ni pun berdasarkan apa yang huda baca di comment2 ibu2 lain yang ada pengalaman kena tolak2 ni.

Berbalik pada persediaan untuk buka buku pink.

Better pergi buka buku masa kandungan 10weeks ke atas. Bukan apa masa huda haritu baru 8 weeks huda dah pergi kk hehe. Punya lah excited tau. Bila nurse check baru 8 weeks dia suruh balik dulu then dia bagi tarikh untuk buka buku pink tu. Nurse cakap kalau buka awal incase kandungan tak menjadi atau apa-apa ke so dia suruh tunggu dah matang baru boleh datang buka buku. nurse tu bukan doa yang bukan-bukan tapi dia suruh tunggu dah betul-betul jadi baru datang lagi

Apa mommies perlu bawa?

  1. Photostat I/C suami isteri
  2. Photostat sijil nikah
  3. Photostat bil api / air rumah semasa
kalau tak ada salah satu memang payah lah. Ada kes mommies tu dia tak bawak salah satu, then nurse suruh pergi photostet time tu jugak kalau tak mmg tak boleh proceed. Kan dah leceh nak tunggu giliran lagi nak pergi potostet lagi. Kk memang akan ramai orang ya. Nak nak dekat kawasan bandar. Memang ramai sangat. Masa huda haritu pukul 7.30 pagi dah datang. Tapi jumpa nurse dekat pukul 9. pukul 11 baru siap. Bayangkan lah. Ini kalau tak lengkap details tu? Pukul berapa nak siap kan? So prepare awal-awal apa perlu bawa ya.

Then sebelum buka buku pink kalau boleh puasa lah terus daripada pukul 10 malam tu. Walaupun nurse takde suruh dan sesiapa pun takde suruh mommies buat jelah.
Bukan apa masa huda haritu huda sarapan Lontong dan teh tarik! Pukul 9.30 kebetulan nak check darah and urine test. Nurse detect gula dalam darah huda tinggi. GM 7.0. haha so nak selamat moomies jangan lah makan berat2 sangat.

Then masa next app huda terus puasa (means tak makan manisan or makan berat-berat. kalau nak makan boleh je sebenarnya sebab nurse tak suruh puasa tapi berpada-pada lah. dan tolong banyakkan minum air masak okay. Esoknya masa test blood gula cantik takde masalah.

So ini je yang dapat huda kongsikan. Doakan next app huda tak ada masalah ya :)


love ya!

Monday 6 March 2017

my new life routine

hai asalamualaikum

rutin harian huda 100% berubah lepas kahwin. kalau dulu bangun pagi sukahati nak buat apa . nak makan ke taknak makan ke apa apa sukahati . now everything is so different . totally change .

setiap hari huda akan bangun pukul 5 pagi . terus siapkan sarapan untuk husb. sambil tu masak untuk bekal husb kerja . then kejut husb . subuh pukul 6 kat sini . lepas siap apa semua sarapan sama2 then husb terus pergi kerja. tak nampak matahari lagi dia dah keluar. balik sampai depan pintu rumah pun matahari dah masuk tidur .. mihmihh sedih dol

lepas husb pergi kerja huda buat lah kerja apa yang patut. basuh baju lipat baju kemas rumah tanam pokok ke apa semua . takde kawan sobs. kawan dengan kucing jelah hahaha.

sebenarnya seronok semua ni . cuma kau jela mampu hadap or tak mampu hadap. macam huda , semua nya okay takde masalah setakat ni . husb dah sediakan segalanya . you just do it. senang takde pening-pening kepala nak fikir . thanks you husb hehe lovelovelove <3

dalam banyak-banyak hal , satu benda je huda tak suka . huda tak suka bila org tanya dah ade isi? hurmsss seriously annoying,, jangan tanya lah . dah ada nati huda bagitahu lah okay? :)

setakatni takda buat apa sangat dekat rumah sebab takde siapa nak sepahkan ha ha . sendiri sepah sendiri kemas , so takdelah bersepah mana. sepah pun gitu-gitu je.

terlampau banyak sangat waktu terluang so huda luangkan masa free free tu buat biz online . memadangkan huda lebih kepada bidang makeup . jadi huda prefer jual makeup . apa yang huda jual? ha nanti huda akan kongsikan ye. di entry akan datang . so you gais please support me ok. :)

Tuesday 28 February 2017

Best tak jadi housewife?

hai asalamualaikum!

Dah berzaman rasanya tak berblogging ni .

 Maaflah huda busy nak uruskan macam-macam.
sejak dah kahwin ni hari-hari busy haha.

 Nak share pic kawin tapi hmm lambat sangat gambar tu siap!

kalau korang nak tahu jadi housewife ni sangat seronok. pahala pun banyak dan senang dapat. macam-macam lah dapat. siapa yang dah kawin je tahu rasa nya macam mana . tapi tak semua pengalaman kita sama kot. ada orang dia rasa tak seronok . tapi bagi huda benda ni menarik.

ha ye 2 minggu pertama i admit i rasa bosan gila tahap gaban dan kau tak kan dapat bayangkan macam mana .

Husband huda pergi kerja pukul 6 pagi . balik sampai rumah pukul 8 malam. Husb kerja bawa Crane. Dekat Pengerang sana . Rumah dekat air tawar . memang nak kena pergi awal . ha kau bayangkan lah macam mana pagi-pagi nak bergaduh pergi kerja dengan jalan sesak lagi ?

so masa huda dekat rumah sangat lama . Tu yang bosan tu.  
tapi lama-lama rasa dah biasa. so dah takde benda kau nak bosankan. Banyak benda boleh buat kat rumah.

benda paling best adalah memasak. seronok sangat ok.

kita ni masak biar sungguh-sungguh , bila suami balik kerja kita hidangkan lah molek-molek . suami makan hasil air tangan kita , pahala tu jangan cakap betapa banyaknya . pulak tu setiap hari suami mesti tak lepas puji masakan yg kita masak sedap. pahala lagi . seronok je rasa . hilang segala penat bersilat kat dapur . hehe

okaylah nak keluar kejap nak beli kuih deram . sedap oi akak depan rumah ni jual .
.
.
.

Huda saje nak throwback makeup untuk dinner ni . nak makeup pengantin pun sesuai look mcm ni . 
lama tak main makeup . rindu . okay kita main makeup2 dekat entry akan datang ye .
.
.

sesiapa nak kawin ke nikah ke photoshoot ke boleh ws huda. mana tahu berkenan ke :) 

whatsapp : +60136978366 

Mkbye!

Monday 8 February 2016

kebaikan tea tree oil untuk wajah

asalamualaikum

siapa pernah dengar tentang tea tree oil?
takpernah? okay sini nak share sikit ilmu.

actually tea tree oil ni sangat bagus untuk kulit berjerawat . Bukan nak cakap apa lah , aku saja lah try tea tree oil ni. dah lama baca feedback kat blog apa semua. tapi tak tahu nak cari dekat mana, bila tengok iklan kat  mana-mana and ada orang suggest suruh pakai aku buat bodoh je ,
tiba la satu hari ni aku pegi guardian dengan kawan aku ni , kebetulan dia tengah belek-belek tea tree oil ni. dia cakap kawan dia kerja bahagian farmasi cakap minyak ni bagus untuk kulit sebab kawan dia tu pun pakai benda tu kulit muka jadi licin glowing,

aku pulak bila dah kawan depan mata cakap macam tu mula lah aku flashback tentang segala review segala bagai yang aku pernah baca sebelum ni, oh dekat sini je pun jual , puas la aku fikir dekat mana nak carik kan, last aku beli jela yang kecik . nak cuba katanya. kecik pun harga a bit pricey la sebab good thing kan.

balik tu aku terus try , letak kat kapas macam pakai toner tu , tempek dekat area yang dah macam permukaan bulan tu. bau dia jangan tanya kenapa lah sebab umphh kuat der, pakai je satu bilik dok tanya , minyak sape tumpah ni ? kah LOL mana ada minyak tumpah der . hmm berangin jangan cakap lah  tapi tak lama pun berangin tu . sekejap je kau takan perasan bila dia stop berangin.
so bawa tidur pun okey nak cuci pun okay . macam aku suka bawa tidur sebab malas nak cuci muka sebab jenis aku kalau nak tidur memang kena letak something dekat muka haha *habit

esok pagi bangun ceria gila terus lari dekat cermin, youll be like "WOW GILA BAPAK   hebat wei, jerawat kecut serta merta and ada sesetengah tu gone macam tu je, haha wei tak rugi kau beli wei :) ..

ok kat guardian ada .

*sumber google

yang aku beli ni macam ni lah . tak sempat ambil gambar kotak so i decide tujuk gambar google jelah. harga biasa dalam Rm 33 lebih , tapi masa aku beli tu guardian tengah buat promosi CNY kan so dapat la murah sikit dalam Rm26.00 macam tu. botol dia sangat kecik ya kengkawan. ade la dalam besar ibu jari orang gemuk  biasa. alahai 10 ml kau rasa banyak mana? kecik keteot je tu.. belum cuba belum tahu ye dak? :) dia ada 2 size tak silap. ni 10 ml yang paling kecik sesuai untuk yang nak cuba cuba dulu kan. ada je yang besar , tapi kalau nak cuba ambik yang kecik je dulu okay ? :)




lupa punya pasal

asalamualaikum semua

hi!
harini baru sempat nak buka blog, ya ampun tak sempat nak update langsung and sangat-sangat lupa okay. maaf lah sangat-sangat.
tadi review post lama , then terbaca pasal nak update 30 Days challenge tu kan. ya allah daripada bulan 8 tahun lepas nak buat , lupa la . haha
its okay lah lain kali i ols update ya.
sebelum telupa nak share sikit list 30 Day challenge tu . ok bye ! :)


thats all thankyou :)

Friday 1 January 2016

Its time?

yeahhhh!

ITS TIME  u,u ..

time For what?,

TO DELATE ALL OF MY PAST MEMORY ,
AND TO START MY NEW LIFE , WITH NEW PERSON , AND A GREAT LOVE !

AND THE MOST IMPORTANT THING IS , .
HE'S SUCH A GOOD PERSON AND I LOVE HIM SO MUCH!

T.T :)

happy new year! 2016

hi asalamualaikum !
pejam celik dah masuk tahun baru dah. hai cepatnya masa berlalu ..
ehemm! tahun ni .. insha allah.. aku akan melalui fasa baru dalam hidup yay!
am i ready? yes of course la ..
*padahal tengah terkebil2 nak jawab 👀👀

ala apa ada hal , buat donno je sudah. yang penting chill jelah. semua orang akan lalui benda yang sama kan. so korang saba jap . next entry insha allah aku sambung borak okay? tata ❤ youu

*actually now dah pukul 4.30 pagi and aku x tidur lagi , tahu kenapa? sbb aku nerbes gila ! phewww! sabar jelah   .. lambat laun kau akan tau jugak pasai pa aku nerves! haha

CHECKLIST NEWBORN , IBU BERPANTANG , CARA JAGA LUKA BERSALIN

Assalamualaikum For those yang selalu tanya what should i buy for first newborn baby kan. Ha nah i tolong u gais . ni based on my own exp...